Monday 12 November 2012

Tanda Baca

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.

2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

3. Tanda baca utama ialah:
    a) tanda noktah atau titik   ( . )
    b) tanda koma                  ( , )
    c) tanda tanya atau soal    ( ? )
    d) tanda seru                    ( ! )


Kata Bilangan

1.  Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.  Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :
     i.   Kata Bilangan Tentu      
          • Contohnya satu, sepuluh, seribu, sejuta.
          • Kata bilangan tentu perlu digunakan bersama-sama dengan
             penjodoh bilangan.
     ii.   Kata Bilangan Tak Tentu                
          •  Contohnya beberapa, para, berbagai-bagai, pelbagai, semua, segala,
             sekalian, segenap, setengah-setengah.
          •  Sesetengah kata bilangan tak tentu tidak perlu  diikuti oleh  
              penjodohbilangan.

     iii.  Kata Bilangan Pecahan     
          •  Contohnya setengah, suku, seperempat.

     iv.  Kata Bilangan Pisahan
          •   Contohnya setiap, masing-masing, tiap-tiap. 
     v.  Kata Bilangan Himpunan              
          •   Contohnya kedua-dua, berpuluh-puluh, berabad-abad dan beribu-ribu.
          •    Kata bilangan himpunan digunakan bersama-sama dengan
                penjodohbilangan.  
     vi.   Kata Bilangan Tingkat
          •   Contohnya ketiga, pertama, keempat.
          •   Tanda sempang (-) digunakan untuk merangkaikan  awalan ke-
              dengan angka. 
               Contoh: abad ke-15.

Lagu Ikan Kekek

Suku Kata KVKVKV

Suku Kata KVKV

Suku kata KVKK

Suku Kata KVK

Lagu Kereta Kecil Warna Merah

Kata Kerja

1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu:-

a) kata kerja transitif
b) kata kerja tak transitif

2. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya.
    Contoh: Ali membeli buku.

3. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sesudahnya dan boleh berdiri sendiri.
    Contoh: Adik menangis.

4. Semua kata kerja transitif memerlukan objek. Ayat akan menjadi tergantung jika tidak mempunyai objek selepas kata kerja transitif.

5. Selain beberapa kata kerja seperti makan, minum, duduk dan tidur, semua kata kerja mesti mempunyai imbuhan.

6. Di antara kata kerja transitif dengan objek tidak boleh disisipkan sebarang kata seperti lagi, hanya, kembali, semula dan sebagainya.

7. Kata kerja tak transitif yang berapitan beR...kan memerlukan frasa nama sebagai pelengkap. Ini kerana akhiran -kan pada kata yang berapitan beR...kan ialah kependekan kata sendi nama yang dapat mewakili kata sendi nama seperti dengan, tentang dan pada.

8. Jika sesuatu kata kerja transitif mempunyai makna saling, maka kata saling tidak diperlukan.

Kata Tanya


1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.