Sunday 9 December 2012

Kata Arah


Kata arah ialah perkataan yang menunjukkan arah, hala atau jurusan.
Kata arah hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Contoh: atas, bawah, tepi, depan, belakang.

Ayat Contoh:
Burung itu membuat sarang di atas pokok.
Kucing itu tidur di bawah kereta bapa.
Orang miskin itu tinggal di pinggir kampung.
Di tepi rumah saya ada sebatang sungai.
Kedai runcit itu terletak di tengah bandar.
Di depan sekolah itu ada perhentian bas.
Rahayu duduk di belakang Susan.

Monday 12 November 2012

Tanda Baca

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.

2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

3. Tanda baca utama ialah:
    a) tanda noktah atau titik   ( . )
    b) tanda koma                  ( , )
    c) tanda tanya atau soal    ( ? )
    d) tanda seru                    ( ! )


Kata Bilangan

1.  Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.  Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :
     i.   Kata Bilangan Tentu      
          • Contohnya satu, sepuluh, seribu, sejuta.
          • Kata bilangan tentu perlu digunakan bersama-sama dengan
             penjodoh bilangan.
     ii.   Kata Bilangan Tak Tentu                
          •  Contohnya beberapa, para, berbagai-bagai, pelbagai, semua, segala,
             sekalian, segenap, setengah-setengah.
          •  Sesetengah kata bilangan tak tentu tidak perlu  diikuti oleh  
              penjodohbilangan.

     iii.  Kata Bilangan Pecahan     
          •  Contohnya setengah, suku, seperempat.

     iv.  Kata Bilangan Pisahan
          •   Contohnya setiap, masing-masing, tiap-tiap. 
     v.  Kata Bilangan Himpunan              
          •   Contohnya kedua-dua, berpuluh-puluh, berabad-abad dan beribu-ribu.
          •    Kata bilangan himpunan digunakan bersama-sama dengan
                penjodohbilangan.  
     vi.   Kata Bilangan Tingkat
          •   Contohnya ketiga, pertama, keempat.
          •   Tanda sempang (-) digunakan untuk merangkaikan  awalan ke-
              dengan angka. 
               Contoh: abad ke-15.

Lagu Ikan Kekek

Suku Kata KVKVKV

Suku Kata KVKV

Suku kata KVKK