Sunday 9 December 2012

Kata Arah


Kata arah ialah perkataan yang menunjukkan arah, hala atau jurusan.
Kata arah hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Contoh: atas, bawah, tepi, depan, belakang.

Ayat Contoh:
Burung itu membuat sarang di atas pokok.
Kucing itu tidur di bawah kereta bapa.
Orang miskin itu tinggal di pinggir kampung.
Di tepi rumah saya ada sebatang sungai.
Kedai runcit itu terletak di tengah bandar.
Di depan sekolah itu ada perhentian bas.
Rahayu duduk di belakang Susan.

Monday 12 November 2012

Tanda Baca

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.

2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

3. Tanda baca utama ialah:
    a) tanda noktah atau titik   ( . )
    b) tanda koma                  ( , )
    c) tanda tanya atau soal    ( ? )
    d) tanda seru                    ( ! )


Kata Bilangan

1.  Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2.  Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu :
     i.   Kata Bilangan Tentu      
          • Contohnya satu, sepuluh, seribu, sejuta.
          • Kata bilangan tentu perlu digunakan bersama-sama dengan
             penjodoh bilangan.
     ii.   Kata Bilangan Tak Tentu                
          •  Contohnya beberapa, para, berbagai-bagai, pelbagai, semua, segala,
             sekalian, segenap, setengah-setengah.
          •  Sesetengah kata bilangan tak tentu tidak perlu  diikuti oleh  
              penjodohbilangan.

     iii.  Kata Bilangan Pecahan     
          •  Contohnya setengah, suku, seperempat.

     iv.  Kata Bilangan Pisahan
          •   Contohnya setiap, masing-masing, tiap-tiap. 
     v.  Kata Bilangan Himpunan              
          •   Contohnya kedua-dua, berpuluh-puluh, berabad-abad dan beribu-ribu.
          •    Kata bilangan himpunan digunakan bersama-sama dengan
                penjodohbilangan.  
     vi.   Kata Bilangan Tingkat
          •   Contohnya ketiga, pertama, keempat.
          •   Tanda sempang (-) digunakan untuk merangkaikan  awalan ke-
              dengan angka. 
               Contoh: abad ke-15.

Lagu Ikan Kekek

Suku Kata KVKVKV

Suku Kata KVKV

Suku kata KVKK

Suku Kata KVK

Lagu Kereta Kecil Warna Merah

Kata Kerja

1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu:-

a) kata kerja transitif
b) kata kerja tak transitif

2. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya.
    Contoh: Ali membeli buku.

3. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sesudahnya dan boleh berdiri sendiri.
    Contoh: Adik menangis.

4. Semua kata kerja transitif memerlukan objek. Ayat akan menjadi tergantung jika tidak mempunyai objek selepas kata kerja transitif.

5. Selain beberapa kata kerja seperti makan, minum, duduk dan tidur, semua kata kerja mesti mempunyai imbuhan.

6. Di antara kata kerja transitif dengan objek tidak boleh disisipkan sebarang kata seperti lagi, hanya, kembali, semula dan sebagainya.

7. Kata kerja tak transitif yang berapitan beR...kan memerlukan frasa nama sebagai pelengkap. Ini kerana akhiran -kan pada kata yang berapitan beR...kan ialah kependekan kata sendi nama yang dapat mewakili kata sendi nama seperti dengan, tentang dan pada.

8. Jika sesuatu kata kerja transitif mempunyai makna saling, maka kata saling tidak diperlukan.

Kata Tanya


1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.


Wednesday 31 October 2012

Penjodoh Bilangan


1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
      kata bilangan.
2.   Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda 
      mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta 
     penggunaannya.

Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya


Tip
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.      (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)
           (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
                peraturan  yang  telah ditetapkan. (betul) 
         
          Penjelasan :  Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
          digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

     2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
                yang bernas. (salah)
          (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
                bernas. 
 (betul)

         Penjelasan :  Penjodoh bilangan tidak diperlukan
         untuk menghitung kata nama abstrak.


     3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
                 di rambutnya. (salah)
(b)     Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

           Penjelasan :  Penjodoh bilangan perlu digunakan
           bersesuaian dengan konteks ayat.


Kata Adjektif

Kata Hubung

Tuesday 30 October 2012

Kata Ganti Nama


1.Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan kata nama manusia.
2.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu:
i.Kata ganti nama diri
ii.Kata ganti nama tunjuk
3.Kata ganti nama diri terbahagi kepada:
i.Kata ganti nama diri orang
ii.Kata ganti nama diri tanya
4.Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada:
i.Kata ganti nama diri pertama
ii.Kata ganti nama diri kedua
iii.Kata ganti nama diri ketiga
5.Contoh:Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kitadaku
Kata ganti nama diri kedua :  awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri ketiga :   dia, beliau, ia, baginda, mereka
6.Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunkan untuk menunjukkan manusia, haiwan, benda dan tempat.
Contoh:  ini, itu
7.Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh:  apa, siapa, mana



Tip

 Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama:
1.   (a)  Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Beliau terlibat
            
dalam banyak kejadian jenayah. (salah)
      (b). Banduan itu dikawal ketat oleh pihak penjara. Dia terlibat
            dalam banyak kejadian jenayah. (betul) 
              
Penjelasan :
Kata ganti nama diri perlu disesuaikan dengan kedudukan seseorang. Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati.

2.   (a)  “Kalian-kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata
              Tuk Ali
 kepada anak-anak buahnya. (salah)
       (b). “Kalian mesti bekerjasama dari sekarang,” kata Tuk Ali       kepada anak-anak buahnya.   (betul)

Penjelasan :Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak perlu digandakan.

3.   (a)   Tompok sangat manja. Ia suka menggesel-geselkan bulunya
              
pada kaki  saya. (salah)
(b)  Tompok sangat manja. Tompok suka menggesel-geselkanbulunya pada kaki  saya. (betul)

Penjelasan :
Kata ganti nama diri tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.


Kata Nama

1.
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang,
 benda, tempat dan sebagainya.
2.
Kata nama terbahagi kepada:
a.
kata nama am
b.
kata nama khas

Kata Nama Am
Menyatakan manusia, binatang, benda,tempat, tumbuh-tumbuhan
 atau sebagainya.
·
·
ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu
Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi

Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat,
 nama bandar, nama negeri, nama judul buku.
  ·
ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.
  ·
Contoh: Ruzila , Tompok , Petaling Jaya , Sabah , 
Bandar  Baru Uda , Rentung


Tatabahasa tahap 1

Belajar Membaca

Hikayat Sang Kancil dan Monyet

Saturday 13 October 2012

Huruf Vokal



Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada:  a, e, i, o  dan  u.  Huruf  e melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.

*e dalam enak, petak, sate ialah e taling; dan e dalam emas, kena, sosialisme ialah e pepet.  Dalam pengajaran sebutan, boleh digunakan tanda  ( •  ) untuk e pepet ( •  ) jika ejaan kata menimbulkan keraguan. Misalnya: emak, enam, emas, kena, sosialisme, Esa.


Huruf
Fonem(huruf)
di depan
di tengah
di belakang
a
e (pepet)
e (taling)
i
o
u
[a]
[ə]
[e]
[i]
[o]
[u]
aku
emas
enak
itik
otak
ubat
padi
kena
petak
biru
topi
kuda
buka
sosialisme
sate
tali
kuno
dadu



Suku Kata KVKVK

Tuesday 9 October 2012

Carta Suku Kata terbuka

Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata.Sekurang-kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal dan satu konsonan.Suku kata dibahagi kepada dua iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.Carta ini ialah suku kata terbuka.Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal dan biasanya dalam jumlah abjad yang genap.

Lagu ABC