Monday 12 November 2012

Kata Kerja

1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Terdapat dua jenis kata kerja, iaitu:-

a) kata kerja transitif
b) kata kerja tak transitif

2. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sesudahnya.
    Contoh: Ali membeli buku.

3. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sesudahnya dan boleh berdiri sendiri.
    Contoh: Adik menangis.

4. Semua kata kerja transitif memerlukan objek. Ayat akan menjadi tergantung jika tidak mempunyai objek selepas kata kerja transitif.

5. Selain beberapa kata kerja seperti makan, minum, duduk dan tidur, semua kata kerja mesti mempunyai imbuhan.

6. Di antara kata kerja transitif dengan objek tidak boleh disisipkan sebarang kata seperti lagi, hanya, kembali, semula dan sebagainya.

7. Kata kerja tak transitif yang berapitan beR...kan memerlukan frasa nama sebagai pelengkap. Ini kerana akhiran -kan pada kata yang berapitan beR...kan ialah kependekan kata sendi nama yang dapat mewakili kata sendi nama seperti dengan, tentang dan pada.

8. Jika sesuatu kata kerja transitif mempunyai makna saling, maka kata saling tidak diperlukan.

No comments:

Post a Comment