Kata
arah ialah perkataan yang menunjukkan arah, hala atau jurusan.
Kata
arah hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Contoh:
atas, bawah, tepi, depan, belakang.
Ayat
Contoh:
Burung
itu membuat sarang di atas pokok.
Kucing
itu tidur di bawah kereta bapa.
Orang
miskin itu tinggal di pinggir kampung.
Di
tepi rumah saya ada sebatang sungai.
Kedai
runcit itu terletak di tengah bandar.
Di
depan sekolah itu ada perhentian bas.
Rahayu
duduk di belakang Susan.